Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kelab Belia Mahir Pagoh yang terdiri daripada pelajar serta alumni Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh kerana telah berjaya tercalon ke peringkat akhir sebagai finalis Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Johor sempena Sambutan Hari Belia Negara 2026.
Penilaian terakhir bersama tiga lagi finalis bagi menentukan penerima APBN Negeri Johor. Pencalonan ini menjadi satu kebanggaan besar buat warga IKTBN Pagoh dan membuktikan bahawa belia TVET juga mampu menjadi peneraju kepimpinan, kesukarelawanan dan pembangunan komuniti. Semoga kejayaan menjadi milik Kelab Belia Mahir Pagoh sebagai perintis kelab belia dalam kalangan pelajar ILKBS serta terus mengharumkan nama institusi dan negeri Johor. Ayuh sama-sama kita doakan yang terbaik.
