Temerloh, 4 November 2025 - Bagi memastikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 di IKTBN Temerloh berjalan dengan lancar dan berkesan, Jawatankuasa Sistem Pengurusan Kualiti IKTBN Temerloh telah menganjurkan Bengkel Audit Dalaman pada 4 hingga 5 November 2025 (Selasa & Rabu) bertempat di Perpustakaan IKTBN Temerloh.
Sepanjang dua hari bengkel ini, para peserta terlibat secara aktif dalam:
Program ini diharap dapat meningkatkan kecekapan serta profesionalisme warga IKTBN Temerloh dalam pelaksanaan budaya kualiti berterusan ke arah penambahbaikan sistem pentadbiran dan latihan di institusi ini.
Terima kasih kepada semua peserta dan jawatankuasa pelaksana atas komitmen serta kerjasama sepanjang bengkel berlangsung. 
