MAJLIS PENTAULIAHAN EMAS (MPE) ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

    MAJLIS PENTAULIAHAN EMAS (MPE) ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

    MAJLIS PENTAULIAHAN EMAS (MPE) ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

    Bukit Jalil, 8 November 2025 – Majlis Pentauliahan Emas (MPE) Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Banquet, Casa 4, Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.
    Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
    Dalam majlis berprestij ini, Muhammad Haffiz bin Rahim dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah menerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas sebagai pengiktirafan atas komitmen dan kecemerlangan beliau dalam pembangunan karektor diri dan khidmat kerja sukarelawan.
    Kejayaan beliau turut disokong oleh Pengarah IKTBN Temerloh, Encik Azian bin Hussain yang turut menerima Pengiktirafan Badan Operasi IKTBN Temerloh. Puan Malissa Afnie binti Mohammad Ridzuan turut dijemput hadir sebagai Mentor Tahap Emas dari Badan Operasi ini.
    Anugerah ini bertujuan mengiktiraf usaha golongan belia yang menunjukkan ketabahan, disiplin serta semangat juang tinggi dalam melengkapkan cabaran di bawah program Rakan Muda, di samping menyemai nilai kepimpinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan anak muda.
    Tahniah diucapkan kepada Muhammad Haffiz bin Rahim atas kejayaan ini. Semoga terus menjadi inspirasi kepada para belia untuk terus aktif, berdedikasi dan berdaya saing.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550