Audit Pematuhan MS ISO 9001:2015 dijalankan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 15 April 2026 hingga 16 April 2026. Pihak SIRIM yang diwakili oleh Puan Rajalekshmi telah menjalankan sesi audit pematuhan di IKBN Wakaf Tapai bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bengkel Teknologi Awam dan beberapa tempat lain yang terlibat. Daripada semakan yang dibuat oleh juruaudit tiada teguran diberikan dan pihak SIRIM memutuskan bahawa IKBN Wakaf Tapai masih boleh meneruskan persijilan MS ISO 9001:2015 yang berjaya diperoleh pada tahun 2025.
TAHNIAH pada semua warga IKBN WAKAF TAPAI kerana dapat mengekalkan persijilan MS ISO 9001:2015.
