- Ahmad Adzrimie bin Adnan
- IKBN Wakaf Tapai
- Hits: 8
PERTANDINGAN BATIK NEXT GEN PIALA NOOR ARFA BATIK 2026 ANJURAN NOOR ARFA BATIK COMPLEX CRAFT (NACC)
15 APRIL 2026 – Jabatan Teknologi Fesyen dan Pakaian telah menyertai pertandingan “Batik Next Gen” yang telah diadakan di NACC,Chendering.
Pertandingan ini julung kali diadakan serta melibatkan sebanyak 14 buah agensi TVET di seluruh negara. Jabatan Teknologi Fesyen dan Pakaian turut mengetengahkan 2 jenis rekaan batik berkonsepkan Gen Z (Street Wear) hasil ciptaan para pelajar Sijil Pakaian Wanita dan Sijil Pakaian Lelaki Semester 3.
Pertandingan ini bukan sahaja dapat mencungkil bakat pelajar,malah para pelajar juga turut diberi pendedahan tentang seni warisan batik mengikut peredaran zaman. Dengan adanya pertandingan seperti ini,adalah diharapkan agar pelajar lebih berkeyakinan serta dapat meningkatkan kreativiti dan kemahiran dalam bidang jahitan.
#TVET Pilihan Utama Kerjaya
#ILKBS Profesional Terunggul
#TeamKBS
#KitaSemuaTeamMAS
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#TvetILKBS
#ikbnwakaftapai
