- Adzrimie
- IKBN Wakaf Tapai
- Hits: 24
JEMPUTAN MENYERTAI FIRE BLANKET CHALLENGE SEMPENA PROGRAM BOMBA MESRA KOMUNITI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026
MARANG, 10 Jun 2026 (Rabu) - Seramai 10 pegawai wanita IKBN Wakaf Tapai, Terengganu telah menyertai Fire Blanket Challenge sempena Program Bomba Mesra Komuniti Peringkat Negeri Terengganu 2026.
Penyertaan ini bukan sekadar pertandingan, malah menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengetahuan asas memadam kebakaran serta penggunaan fire blanket dalam situasi kecemasan. Melalui cabaran ini, para peserta dapat mempraktikkan kemahiran keselamatan kebakaran dengan cara yang menyeronokkan dan berinformasi. Semoga penyertaan ini dapat memupuk semangat kerjasama, keberanian serta menyemai budaya peka terhadap aspek keselamatan dalam kalangan masyarakat.
#TVET Pilihan Utama Kerjaya
#ILKBS Profesional Terunggul
#TeamKBS
#KitaSemuaTeamMAS
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#TvetILKBS
#ikbnwakaftapai
