PROGRAM KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS

    PROGRAM KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS

    MARANG, 9 JUN 2026 - Program Kursus Asas Pertolongan Cemas telah berjaya dilaksanakan pada 9 dan 10 Jun 2026 bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai dengan kerjasama daripada Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

    Program ini bertujuan

    memberikan pendedahan kepada pelajar jurusan elektrik mengenai langkah-langkah awal menyelamat dan mengendalikan kecemasan di tempat kerja atau bengkel. Pelajar didedahkan kepada teknik asas pertolongan cemas seperti bantuan kepada mangsa renjatan elektrik, CPR, rawatan luka dan pengurusan kecederaan sebelum bantuan perubatan tiba serta latihan memadam kebakaran.

     

    Melalui program ini, pelajar dapat meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan, mengurangkan risiko kemalangan serta membina keyakinan untuk bertindak dengan cepat dan tepat semasa menghadapi situasi kecemasan. Kemahiran ini amat penting sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan dalam bidang elektrik yang mempunyai risiko bahaya elektrik yang tinggi.

    #SkillSekejap

    #TeamIKBNWakafTapai

    #TeamILKBS

    #ProfesionalTerunggul

    #TVETILKBS

    MalaysiaMADANI

    RancakkanMADANI

    MADANIBekerja

    Disediakan oleh : Ketua Bahagian Teknologi Elektrik, IKBNWT

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.