KEM MINDA CERGAS ATLET IKBN WAKAF TAPAI

    KEM MINDA CERGAS ATLET IKBN WAKAF TAPAI

    Kem Minda Cergas Atlet IKBN Wakaf Tapai telah berlangsung pada 10 hingga 11 Mei 2026 sebagai persiapan akhir kontinjen menghadapi Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 yang akan diadakan di IKTBN Chembong pada 11 hingga 14 Mei 2026. Kem ini bertujuan untuk mengukuhkan semangat berpasukan, meningkatkan fokus mental atlet serta memantapkan persediaan kontinjen IKBN Wakaf Tapai sebelum kejohanan berlangsung.

    Pihak IKBN Wakaf Tapai turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan kem ini. Penghargaan turut diberikan kepada Pasukan Sepak Takraw MPK serta Pasukan Bola Tampar Rasau atas perkongsian pengalaman dan komitmen sepanjang kem berlangsung.

     

    #TVET Pilihan Utama Kerjaya

    #ILKBS Profesional Terunggul

    #TeamKBS

    #RakanMuda

    #SukanILKBS

    #KitaSemuaTeamMAS

    #MalaysiaMADANI

    #RancakkanMADANI

    #MADANIBekerja

    #TvetILKBS

    #ikbnwakaftapai

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.