- Adzrimie
- IKBN Wakaf Tapai
- Hits: 10
JEMPUTAN BOOTH PAMERAN KERJAYA SEMPENA PROGRAM JERAYAWARA UP_TVET TERENGGANU 2026
11 Mei 2026, Kemaman, Terengganu : Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Wakaf Tapai telah menerima jemputan menyertai Booth Pameran Kerjaya Sempena Program Jerayawara UP_ TVET Terengganu 2026 bertempat di ADTEC JTM Kampus Kemaman, Terengganu. Antara objektif penyertaan adalah untuk memberi maklumat Laluan Kerjaya kepada belia setempat ke Technical and Vocational Education Traning ( TVET ) di bawah Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan ( ILKBS ) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Unit CHI juga berpeluang memberi penerangan tentang kursus-kursus yang ditawarkan di IKBN Wakaf Tapai, Terengganu selain mempromosikan Pengambilan Pelajar Baharu IKBNWT Sesi 2/2026.
#TVET Pilihan Utama Kerjaya
#ILKBS Profesional Terunggul
#TeamKBS
#KitaSemuaTeamMAS
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#TvetILKBS
#ikbnwakaftapai
