KUNJUNGAN HORMAT IKBN WAKAF TAPAI KE FRU UNIT 6 WAKAF TAPAI, TERENGGANU PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK ANTARA AGENSI

    KUNJUNGAN HORMAT IKBN WAKAF TAPAI KE FRU UNIT 6 WAKAF TAPAI, TERENGGANU PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK ANTARA AGENSI

    Wakaf Tapai, Terengganu – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai telah mengadakan kunjungan hormat ke FRU Unit 6 Wakaf Tapai sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua agensi serta meneroka peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada pembangunan belia.

    Delegasi IKBN Wakaf Tapai telah diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Haji Zaini bin Abd Aziz, Pengarah IKBN Wakaf Tapai, bersama lima orang pegawai. Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh YDH P/SUPT Rajendran a/l Kanasan bersama barisan pegawai FRU Unit 6 Wakaf Tapai.

    Sesi perbincangan yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan profesional memberi fokus kepada beberapa agenda utama, antaranya cadangan kerjasama sempena penganjuran Sukan ILKBS Ke-39 yang bakal menghimpunkan warga Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dari seluruh negara. Kerjasama strategik daripada pihak FRU Unit 6 dilihat mampu menyumbang kepada kelancaran penganjuran program tersebut, khususnya dari aspek keselamatan, disiplin serta sokongan logistik yang bersesuaian.

    Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan usaha memperkasa pembentukan sahsiah pelajar IKBN Wakaf Tapai melalui pelaksanaan program-program pembangunan karakter, kepimpinan, disiplin dan jati diri. Inisiatif ini diharapkan dapat melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja cemerlang dalam kemahiran teknikal, malah memiliki sahsiah terpuji, berdisiplin serta semangat patriotisme yang tinggi.

    Kunjungan hormat ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama antara IKBN Wakaf Tapai dan FRU Unit 6 Wakaf Tapai. Diharapkan hubungan erat yang terjalin akan membuka lebih banyak peluang kolaborasi strategik pada masa hadapan demi melahirkan modal insan yang berkualiti serta menyokong kejayaan pelaksanaan program-program pembangunan belia negara.

    #TVET Pilihan Utama Kerjaya
    #ILKBS Profesional Terunggul
    #TeamKBS
    #RakanMuda
    #SukanILKBS
    #KitaSemuaTeamMAS
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #TvetILKBS
    #ikbnwakaftapai

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.