MPP IKBN WAKAF TAPAI MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR YANG TELAH KEHILANGAN AYAHANDA TERCINTA

    MPP IKBN WAKAF TAPAI MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR YANG TELAH KEHILANGAN AYAHANDA TERCINTA

    Marang, Terengganu – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Wakaf Tapai telah menzahirkan rasa prihatin dan simpati dengan menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar yang baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta.

    Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Presiden MPP IKBN Wakaf Tapai, Saudara Mohamad Al-Amin bin Azizi, dan disaksikan oleh lima orang barisan Majlis Tertinggi MPP IKBN Wakaf Tapai sebagai tanda sokongan serta kebersamaan terhadap pelajar yang sedang melalui saat yang sukar.

    Inisiatif ini merupakan manifestasi keprihatinan MPP IKBN Wakaf Tapai dalam menyemai nilai kasih sayang, semangat kekeluargaan dan saling membantu dalam kalangan warga institut. Diharapkan sumbangan yang disampaikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta memberi kekuatan dan semangat kepada pelajar tersebut untuk terus tabah menghadapi ujian.

    Seluruh warga IKBN Wakaf Tapai turut merakamkan ucapan takziah kepada pelajar dan ahli keluarga atas pemergian Allahyarham ayahanda beliau. Semoga roh Allahyarham dikurniakan keampunan, dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman, manakala keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini.

    "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga ukhwah dan keprihatinan yang dizahirkan ini menjadi penguat semangat kepada mereka yang sedang diuji."

    #TVET Pilihan Utama Kerjaya
    #ILKBS Profesional Terunggul
    #TeamKBS
    #RakanMuda
    #SukanILKBS
    #KitaSemuaTeamMAS
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #TvetILKBS
    #MPPIKBNWT
    #ikbnwakaftapai

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.