KUNJUNGAN KERJA CIDB KE IKBN WAKAF TAPAI DAN SESI PERBINCANGAN STRATEGIK PEMBANGUNAN WORLDSKILLS BERSAMA KUMPULAN PAKAR NEGARA TRED KIMPALAN WORLDSKILLS MALAYSIA

    13 September 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai hari ini mencatatkan satu lagi penanda aras penting dalam pemerkasaan latihan TVET negara apabila menerima kunjungan kerja rasmi daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia).

    Delegasi peringkat tertinggi CIDB Malaysia tersebut diketuai oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) CIDB Malaysia, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Gerald Sundaraj. Kunjungan ini turut diiringi oleh Pengurus Besar Kanan Sektor Pendaftaran dan Akreditasi CIDB Malaysia, Puan Heryanti Hilmi, serta Pengarah CIDB Negeri Terengganu, Encik Norsani Katap.
    Pihak pengurusan IKBN Wakaf Tapai amat berbesar hati menerima kehadiran delegasi kepimpinan CIDB Malaysia buat julung kalinya. Lawatan ini bukan sahaja melambangkan pengiktirafan industri terhadap kemahiran latihan di IKBN Wakaf Tapai, malah membuka skop kerjasama strategik yang lebih mantap antara kedua-dua pihak.

    Fokus utama sesi lawatan kerja ini tertumpu kepada Sesi Perbincangan Strategik Pembangunan WorldSkills yang dijalankan bersama Kumpulan Pakar Negara Tred Welding Worldskills Malaysia. Selain perbincangan bersama pihak pengurusan institut serta Pakar Negara, delegasi CIDB Malaysia turut dibawa melawat secara dekat ke Bengkel Kimpalan A IKBN Wakaf Tapai bagi melihat fasiliti latihan yang digunakan oleh Peserta Negara.

    Suasana lawatan menjadi lebih bersemangat apabila delegasi CIDB meluangkan masa dalam sesi ramah mesra bersama Jurulatih Negara dan Peserta Negara yang bakal menggalas cabaran sebagai wakil WorldSkills Competition (WSC).

    Dalam sesi tersebut, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Gerald Sundaraj sempat menyalurkan kata-kata semangat dan dorongan moral, di samping meneliti sendiri tahap kesiapsiagaan serta mutu kimpalan peserta yang kini berada di fasa akhir latihan intensif.

    Kunjungan ini dijangka menjadi pemangkin utama dalam memperkukuh sinergi antara agensi kerajaan dan institusi latihan kemahiran belia. Langkah padu ini komited untuk meletakkan modal insan Malaysia—khususnya dalam bidang kimpalan—pada kedudukan tertinggi di persada antarabangsa.

    #TVET Pilihan Utama Kerjaya
    #TeamIKBNWakafTapai
    #TeamILKBS
    #TeamKBS
    #TVETILKBS
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #TVETMalaysia

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.