KARNIVAL SUKAN PELAJAR IKBN WAKAF TAPAI 2026

    KARNIVAL SUKAN PELAJAR IKBN WAKAF TAPAI 2026

    WAKAF TAPAI, 10 SEPTEMBER 2026 – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Wakaf Tapai telah menganjurkan Karnival Sukan Pelajar IKBN Wakaf Tapai 2026 yang berlangsung dari 16 Ogos hingga 9 September 2026.

    Karnival ini bertujuan mencungkil bakat serta mengenal pasti potensi atlet dalam kalangan pelajar sebagai persediaan untuk mewakili IKBN Wakaf Tapai ke Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-39 Tahun 2027.

    Sebanyak tujuh acara sukan dipertandingkan iaitu Bola Sepak 11 Sebelah, Bola Tampar Lelaki, Bola Tampar Wanita, Sepak Takraw, Bola Jaring, Ping Pong dan Badminton.

    Penganjuran karnival ini turut menjadi platform untuk memupuk semangat kesukanan, disiplin, kerjasama berpasukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.

    Tahniah dan syabas kepada MPP IKBN Wakaf Tapai serta seluruh warga pelajar yang telah menjayakan karnival ini.

    “Bakat Dicungkil, Juara Dilahirkan!”

    #TVET Pilihan Utama Kerjaya
    #ILKBS Profesional Terunggul
    #TeamKBS
    #RakanMuda
    #SukanILKBS
    #KitaSemuaTeamMAS
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #TvetILKBS
    #ikbnwakaftapai
    #MPPIKBNWT

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.