KURSUS PENGURUSAN ASET DAN STOR SERTA SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN ASET ALIH IKBN WAKAF TAPAI 2026

    KURSUS PENGURUSAN ASET DAN STOR SERTA SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN ASET ALIH IKBN WAKAF TAPAI 2026

    🗓️ 12 - 15 Oktober 2026 (Isnin - Khamis)
    ⏰ 8.00 pagi - 04.00 petang
    📍 IKBN Wakaf Tapai 
    👨🏻‍💼En Mohd Saiful bin Ali, Bahagian Akaun, KBS 

    Kursus Pengurusan Aset dan Stor serta Sistem Pemantauan Pengurusan Aset Alih IKBN Wakaf Tapai dilaksanakan bertempat di Makmal Komputer dan Bilik Seminar, Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai dan melibatkan semua pegawai yang dilantik dalam pengurusan aset dan stor IKBN Wakaf Tapai iaitu seramai 34 orang.

    Antara objektif kursus ini adalah untuk memberi kefahaman mengenai dasar, peraturan dan garis panduan pengurusan aset alih dan stor mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) dan Tatacara Pengurusan Stor (TPS). Selain itu, ia juga diharap dapat meningkatkan kecekapan peserta dalam melaksanakan proses pengurusan aset seperti penerimaan, pendaftaran, pelabelan, penyimpanan, penyelenggaraan, pindahan dan pelupusan aset dan stor serta memantapkan kemahiran peserta dalam melaksanakan rekod aset dan stor yang tepat, lengkap dan terkini melalui penggunaan borang, sistem dan laporan yang ditetapkan. Semoga kursus ini memberi manafaat yang tinggi kepada Unit Pengurusan Aset Alih di IKBN Wakaf Tapai.


    #TVET Pilihan Utama Kerjaya
    #ILKBS Profesional Terunggul
    #TeamKBS
    #KitaSemuaTeamMAS
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #TvetILKBS
    #ikbnwakaftapai

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.