PERHIMPUNAN BULANAN PENGARAH BERSAMA PEGAWAI DAN PELAJAR IKBN WAKAF TAPAI BIL. 4/2026

    PERHIMPUNAN BULANAN PENGARAH BERSAMA PEGAWAI DAN PELAJAR IKBN WAKAF TAPAI BIL. 4/2026

    Wakaf Tapai, 20 Oktober 2026 – Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) IKBN Wakaf Tapai telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan IKBN Wakaf Tapai Bil. 4/2026.

    Perhimpunan ini menjadi medium penting untuk Pengarah IKBN Wakaf Tapai menyampaikan amanat kepada seluruh warga institut. Dalam ucapannya, beliau menekankan mengenai disiplin yang perlu pelajar patuhi. Pelajar juga disaran agar terus berusaha meningkatkan prestasi akademik, kemahiran serta sahsiah diri bagi melahirkan graduan TVET yang kompeten, berdaya saing dan berakhlak mulia.. Beliau turut memberi makluman mengenai program- program yang akan dijalankan dalam masa terdekat. 

    Antara pengisian utama perhimpunan ialah Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik bagi bulan Julai sehingga September 2026 sebagai penghargaan kepada warga kerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas.

    Turut diadakan ialah penyerahan sijil kepada Muhammad Adib Ikhwan Bin Shah Budin yang telah menyertai ILKBS Skill 2026 Bidang Refrigeration & Air Conditioning yang bertempat di IKBN Naka. Selain itu, penyerahan penghargaan kepada Muhammad Ammar Azli yang telah mendapat tempat pertama iaitu Gold Medal dan mendapat pengiktirafan Diploma Welding Technologies daripada Fidvet, Persekutuan Rusia dan juga meraih pingat Medal For Excellence bagi The 48th Worldskills Competition (WSC) Shanghai 2026.

    Penganjuran perhimpunan ini diharap dapat terus memperkukuh budaya integriti,  meningkatkan motivasi warga institut serta mengeratkan hubungan antara pengurusan, pegawai dan pelajar ke arah merealisasikan kecemerlangan IKBN Wakaf Tapai.

    #TVET Pilihan Utama Kerjaya
    #ILKBS Profesional Terunggul
    #TeamKBS
    #RakanMuda
    #SukanILKBS
    #KitaSemuaTeamMAS
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #TvetILKBS
    #ikbnwakaftapai

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.