LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN (FIREDRILL) IKBN WAKAF TAPAI BAGI TAHUN 2026

    LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN (FIREDRILL) IKBN WAKAF TAPAI BAGI TAHUN 2026

    MARANG, 25 JUN 2026 - Dalam usaha memperkukuh tahap kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan, Jawatankuasa Pengungsian Bangunan di bawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) IKBN Wakaf Tapai telah berjaya melaksanakan Latihan Keselamatan Kebakaran (Firedrill) peringkat institut hari ini. Latihan berkala ini melibatkan komitmen menyeluruh daripada semua warga institut termasuk barisan pegawai, kakitangan, dan para pelajar IKBN Wakaf Tapai.

    Bagi memastikan kelancaran dan pengurusan program yang sistematik semasa latihan, Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) serta Pegawai JKKP institut telah dilantik dan digerakkan secara rasmi. Pasukan ini bertanggungjawab memastikan proses pengungsian bangunan berjalan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta memastikan semua warga berkumpul di padang kawad dalam tempoh masa yang optimum.

    Objektif utama latihan ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran yang tinggi serta pendedahan secara praktikal kepada seluruh warga institut mengenai pelan tindakan kecemasan. Melalui simulasi ini, warga institut dilatih untuk tidak panik dan sentiasa peka terhadap aspek keselamatan diri serta persekitaran bagi mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku bencana sebenar.

     

    #TVETPilihanUtamaKerjaya

    #ILKBSProfesionalTerunggul

    #TeamKBS

    #KitaSemuaTeamMAS

    #MalaysiaMADANI

    #RancakkanMADANI

    #MADANIBekerja

    #TvetILKBS

    #ikbnwakaftapai

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.