CERAMAH DAN TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KEBAKARAN IKBN WAKAF TAPAI BAGI TAHUN 2026

    CERAMAH DAN TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KEBAKARAN IKBN WAKAF TAPAI BAGI TAHUN 2026

    MARANG, 24 JUN 2026 – Jawatankuasa Pengungsian Bangunan di bawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) IKBN Wakaf Tapai telah menganjurkan Program Ceramah Keselamatan dan Kebakaran yang melibatkan seluruh warga institut.

    Program yang berlangsung di Dewan Besar telah menjemput Encik Alwi bin Ismail, pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai untuk menyampaikan Ceramah Keselamatan dan Kebakaran kepada semua pegawai, kakitangan dan pelajar IKBN Wakaf Tapai.

    Penganjuran program seumpama ini bertujuan untuk memupuk kesedaran yang tinggi dalam kalangan warga institut mengenai kepentingan langkah-langkah keselamatan di tempat kerja. Selain pendedahan teori, para peserta turut didedahkan dengan kaedah dan teknik penggunaan alat pemadam api yang betul sebagai tindakan awal pencegahan kebakaran.

    Melalui taklimat ini, JKKP IKBN Wakaf Tapai berharap agar semua warga institut sentiasa peka, bertanggungjawab, dan proaktif dalam memastikan ruang kerja serta kawasan pembelajaran kekal kondusif, selesa, dan selamat daripada sebarang risiko bahaya.

     

    #TVETPilihanUtamaKerjaya

    #ILKBSProfesionalTerunggul

    #TeamKBS

    #KitaSemuaTeamMAS

    #MalaysiaMADANI

    #RancakkanMADANI

    #MADANIBekerja

    #TvetILKBS

    #ikbnwakaftapai

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.