LAWATAN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PESERTA NEGARA WORLDSKILLS COMPETITION (WSC) SHANGHAI 2026 – BIDANG WELDING

    LAWATAN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PESERTA NEGARA WORLDSKILLS COMPETITION (WSC) SHANGHAI 2026 – BIDANG WELDING

    Lawatan Pemantauan dan Penilaian Prestasi Peserta Negara bagi bidang Welding oleh En. Wan Muhammad Hafiz bin Wan Yusof dan En. Mohamad Abdul Syahid bin Mohamad Abdul Jabar daripada Unit Tenaga Kerja & Kemahiran, Bahagian Dasar dan Antarabangsa serta Pasukan Pakar Negara untuk memastikan peserta negara bersedia sepenuhnya untuk bertanding di pertandingan Worldskills Competition (WSC) Shanghai 2026.

    Perbincangan ini juga turut dihadiri oleh Tuan Pengarah, Haji Zaini bin Abd Aziz, TPPL Pn Nik Noorhafizan binti Nik Osthman serta Ketua Jabatan, CPKK dan jurulatih bagi memastikan peserta negara Saudara Muhammad Ammar bin Azli sentiasa bersemangat dalam menjalani rutin latihan harian. Diharap dengan lawatan daripada wakil Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Pakar Negara akan memberi semangat dan meningkatkan lagi prestasi kepada peserta negara.

    #TVET Pilihan Utama Kerjaya

    #ILKBS Profesional Terunggul

    #TeamKBS

    #KitaSemuaTeamMAS

    #MalaysiaMADANI

    #RancakkanMADANI

    #MADANIBekerja

    #TvetILKBS

    #ikbnwakaftapai

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.