- Dzulkifli Bujang
- IKBN Wakaf Tapai
- Hits: 69
Lawatan Verifikasi Penarafan Tunggal Program TVET Tahun 2025
25hb dan 26hb Ogos 2025 - Satu lawatan verifikasi penarafan tunggal program TVET Tahun 2025 telah diadakan di IKBN Wakaf Tapai.
Seramai tiga (3) orang panel verifikasi yang ditugaskan untuk membuat penilaian iaitu:
i) Puan Zaitul Iradah binti Mahid
ii) Puan Mazura binti Rasdi
iii) Encik Mohamad Sharkan bin Mahri
Bidang yang terlibat untuk diverifikasi adalah :
1. (TA-011-4:2013) Pentadbiran Fesyen dan Pakaian
2. (TA-011-3:2012) Pembuatan Pakaian Wanita
3. (C141-001-3:2017) Penyeliaan & Jahitan Pakaian Lelaki
4. (F432-002-3:2017) Penyeliaan Pemasangan Perpaipan & Kumbahan
5. (OG-010-3:2011) Operasi Fabrikasi Paip (Minyak, Gas & Petrokimia)
6. (MC-024-3:2012) Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam
Tujuan lawatan verfikasi penarafan tunggal program TVET ini diadakan adalah memastikan pelaksanaan program TVET mencapai piawaian kualiti, keseragaman mengikut panduan persijilan JPK. Penarafan Tunggal ini sangat penting bagi Pusat Bertauliah kerana untuk mengekalkan kualiti latihan dan sentiasa mengikut standard badan persijilan JPK.
Komponen penilaian adalah melibatkan 6 kriteria utama iaitu :
A. Pengajaran dan pembelajaran
B. Kerjasama dan penglibatan bersama industry
C. Tenaga pengajar dan kakitangan
D. Pengurusan sumber
E. Kebolehkerjaan
F. Pengiktirafan dan pencapaian
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama sepanjang sesi verifikasi ini. Pusat Bertauliah IKBN Wakaf Tapai akan sentiasa mengenal pasti kekuatan dan kelemahan program bagi penambahbaikan di masa akan datang.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul
#IKBNWakafTapai #TVETILKBS #MalaysiaMadani #ProfesionalTerunggul
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS
#MalaysiaMADANI#RancakkanMADANI #MADANIBekerja