Jabatan Pengajian Umum, IKBN Wakaf Tapai yang komited dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar telah berjaya mengadakan Program "English For Future Employees", melibatkan para pelajar semester akhir bidang Pemasangan Paip dan Kimpalan Arka. Program ini diadakan dengan kerjasama English Language Centre, Pusat Pengajian Asas dan Lanjutan, Universiti Malaysia Terengganu sejak dari tahun 2018 lagi.
Para pelajar didedahkan dengan kemahiran untuk menghadapi sesi temuduga bagi merebut peluang pekerjaan setelah tamat pengajian kelak. Seramai 12 orang pensyarah yang terlibat diketuai oleh Pn Hafizah bt Ab Hamid bersama 4 orang pengajar daripada Jabatan Pengajian Umum, IKBN Wakaf Tapai. Antara aktiviti yang terlibat adalah sesi ‘Lexical Run’ dan ‘Job Mock Interview’.