- Adzrimie
- IKBN Wakaf Tapai
- Hits: 19
MAJLIS PENYERAHAN MOTOSIKAL SUMBANGAN YAYASAN AEON MALAYSIA KEPADA DUA PELAJAR IKBN WAKAF TAPAI
MARANG, 10 Mei 2026 - Telah berlangsung Majlis Penyerahan Motosikal sumbangan Yayasan Aeon Malaysia kepada dua orang pelajar IKBN Wakaf Tapai pada 10 Mei 2026 (Ahad) bertempat di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai.
Sumbangan ini bertujuan untuk membantu pelajar dari keluarga B40 dan sebagai langkah penting Yayasan Aeon Malaysia dalam memperkuatkan kerjasama dengan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Dua orang pelajar IKBN Wakaf Tapai iaitu Muhammad Zulhilmi bin Awang dan Mohammad Shahrul Irfan bin Norasmawi telah terpilih setelah beberapa saringan kelayakan dilakukan. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Puan Nik Noorhafizan binti Nik Ostman, Timbalan Pengarah (Latihan) IKBN Wakaf Tapai diiringi oleh Puan Noorul Husna binti A Rashid, Timbalan Pengarah (HEP) IKBN Wakaf Tapai.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul
#SkillSekejap
#TeamIKBNWakafTapai
#TeamILKBS
#ProfesionalTerunggul
#TVETILKBS
MalaysiaMADANI
RancakkanMADANI
MADANIBekerja
