- Adzrimie
- IKBN Wakaf Tapai
- Hits: 11
MAJLIS PERJUMPAAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN IKBN WAKAF TAPAI BERSAMA PENGARAH
IKBN Wakaf Tapai : 7 Mei 2026. Satu sesi perjumpaan Pegawai dan Kakitangan bersama Tuan Haji Zaini bin Aziz, Pengarah IKBN Wakaf Tapai telah berlangsung pada jam 8.15 pagi. Majlis kali ini telah dianjurkan oleh Jabatan Teknologi Mekanikal dibawah kelolaan Encik Irwanizam bin Kosnan selaku Ketua Jabatan. Dalam sesi tersebut, Tuan Pengarah telah menyampaikan beberapa amanat kepada semua pegawai dan kakitangan yang hadir serta memberikan ruang kepada mereka untuk menyatakan secara dekat pelbagai isu sekiranya ada untuk sama-sama meneliti dan mencari pendekatan penyelesaian terbaik bagi kesejahteraan IKBN Wakaf Tapai. Sesi ini merupakan salah satu resolusi yang dinyatakan dalam Mesyuarat Bersama Jabatan Tahun 2025. Program ini merupakan anjuran berkala dan akan diteruskan pada masa akan datang sebagai platfom kakitangan menyatakan serta mengetengahkan pelbagai isu dan idea dengan lebih terbuka.
