- Adzrimie
- IKBN Wakaf Tapai
- Hits: 15
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN 1448 H/2026 M
📆 25 Ogos 2026 (Selasa)
🏢 Stadium Negeri Terengganu
▶️ Bil Peserta : 40 Orang
Anjuran: Jabatan Hal Ehwal Agama TerengganuÂ
Â
Seramai 40 orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai telah dijemput untuk menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menyemarakkan kecintaan terhadap Baginda.
Penyertaan para pelajar IKBN Wakaf Tapai dalam program ini merupakan satu usaha dalam membentuk generasi belia yang bukan sahaja mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal dan vokasional, malah turut mempunyai nilai keagamaan, akhlak dan jati diri yang kukuh.
Majlis dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu.Â
“Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.”
#TVET Pilihan Utama Kerjaya
#ILKBS Profesional Terunggul
#TeamKBS
#KitaSemuaTeamMAS
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#TvetILKBS
#ikbnwakaftapai
