PROGRAM CITRA IBADAH CINTAI SOLAT & CINTAI AL-QURAN IKBN WAKAF TAPAI 2026

    PROGRAM CITRA IBADAH CINTAI SOLAT & CINTAI AL-QURAN IKBN WAKAF TAPAI 2026

    📆 21-22 Ogos 2026 (Jumaat - Sabtu)

    🏢 Surau As-Syakirin IKBN WT

    ️ Bil Peserta : 153 Orang

    Anjuran: HEP IKBNWT

     

    Antara objektif utama penganjuran program ini adalah:-

     

    1. Meningkatkan kesedaran dan penghayatan peserta terhadap kepentingan solat sebagai tuntutan utama dalam kehidupan seorang Muslim.

    2. Memupuk rasa cinta dan istiqamah dalam menunaikan solat dengan sempurna serta menjadikannya sebagai amalan harian.

    3. Meningkatkan minat dan kecintaan terhadap Al-Quran serta menggalakkan peserta membaca, memahami dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

    4. Membimbing peserta memperbaiki bacaan Al-Quran, khususnya dari aspek tajwid, makhraj dan kelancaran bacaan.

    5. Membentuk sahsiah dan akhlak yang baik melalui penghayatan nilai-nilai Islam yang terkandung dalam solat dan Al-Quran.

    6. Mewujudkan suasana pembelajaran agama yang menarik, santai dan interaktif agar peserta lebih dekat dengan amalan ibadah.

    7. Melahirkan individu yang mempunyai jati diri, disiplin dan nilai kerohanian yang kukuh serta mampu mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

     

    Program Citra Ibadah: Cinta Solat & Cinta Al-Quran Tahun 2026 diharapkan dapat memberi manfaat kepada para pelajar dalam meningkatkan kefahaman serta penghayatan terhadap ibadah solat dan Al-Quran. Pengisian yang diterapkan sepanjang program juga diharap dapat diamalkan secara berterusan dalam kehidupan seharian.

     

    Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Pn. Noorul Husna bt A.Rashid Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBNWT.

     

    #TVET Pilihan Utama Kerjaya

    #ILKBS Profesional Terunggul

    #TeamKBS

    #KitaSemuaTeamMAS

    #MalaysiaMADANI

    #RancakkanMADANI

    #MADANIBekerja

    #TvetILKBS

    #ikbnwakaftapai

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.