- Ahmad Adzrimie bin Adnan
- IKBN Wakaf Tapai
- Hits: 232
MESYUARAT KERJA LIBAT URUS TVET SUKAN BIDANG AWAM - BPKB & ILKBS
🗓️ 30 November - 02 Disember 2025
📍 The Grand Puteri, Kuala Terengganu
IKBN Wakaf Tapai telah dipilih untuk menerajui 3 Siri Mesyuarat Kerja TVET Sukan Bidang Awam ILKBS. Gerak kerja ini melibatkan 8 ILKBS iaitu IKTBN Bachok, IKTBN Chembong, IKTBN Dusun Tua, IKBN Wakaf Tapai, IKBN Kuala Perlis, IKBN Kinarut, IKBN Bandar Penawar dan IKSN. Seramai 35 panel pembangun telah terlibat didalam siri mesyuarat kerja ini.
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk menyemak, mengenalpasti jurang, membuat pemetaan, membangunkan modul serta implikasi kewangan bagi pelaksanaan kursus berkaitan sukan dalam bidang awam bermula tahun 2026.
Mesyuarat Kerja 3 siri ini turut dihadiri Puan Zakiah Bt Mat Jali, Timbalan Pengarah Kemahiran (Cawangan Perancangan, Pembangunan dan Penyelenggaraan-PPP) dan Encik Azli bin Mohamed (Ketua Penolong Pengarah (PPP2) Unit Perancangan dan Prestasi) dari BPKB.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#ProfessionalTerunggul
#TVETILKBS
#JomMasukILKBS
