Wakaf Tapai, 9 Oktober 2025 – Program RAKAN MAHIR : Future Y-Skills yang berlangsung dari 5 hingga 9 Oktober 2025 di Jabatan Teknologi Fesyen dan Pakaian, IKBN Wakaf Tapai telah berjaya melatih seramai 11 peserta dalam kemahiran menjahit polo shirt. Latihan intensif ini dikendalikan oleh dua tenaga pengajar berpengalaman, Pn. Noryana bt Hamat dan Pn. Edayani bt Embong, yang telah membimbing peserta dalam aspek teori dan praktikal. Sepanjang lima hari, peserta didedahkan dengan teknik asas jahitan termasuk pemilihan fabrik, proses potongan, cantuman, serta kemasan akhir. Hasilnya, setiap peserta berjaya menyiapkan sekurang-kurangnya satu polo shirt lengkap, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka dalam mengendalikan mesin jahit serta memahami proses penghasilan pakaian siap pakai. Menurut penganjur, cabaran utama adalah tahap kemahiran peserta yang berbeza, namun dengan bimbingan tenaga pengajar, semua peserta dapat menamatkan latihan dengan baik. Program ini turut mencadangkan agar sesi lanjutan diadakan bagi memberi peluang peserta menghasilkan variasi rekaan polo shirt sebagai portfolio. Program Future Y-Skills ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada belia
