MINGGU KESELAMATAN IKBN WAKAF TAPAI TAHUN 2026

    MINGGU KESELAMATAN IKBN WAKAF TAPAI TAHUN 2026

    MARANG, 23 Jun 2026 - IKBN Wakaf Tapai telah melaksanakan Minggu Keselamatan IKBN Wakaf Tapai Tahun 2026 selama 2 hari bermula 22 Jun 2026 sehingga 23 Jun 2026 di Dewan Besar IKBN Wakaf Tapai.

    Minggu Keselamatan IKBNWT Tahun 2026 adalah bertujuan bagi memastikan para pelajar dan pegawai mendapat pendedahan dan maklumat terkini yang lebih terperinci berkenaan keselamatan tempat kerja dan juga kesihatan persekitaran. Pelaksanaan Minggu Keselamatan IKBN Wakaf Tapai Tahun 2026 mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Terengganu, Ibu Pejabat Polis Daerah Marang dan Pejabat Kesihatan Daerah Marang. Selain daripada ceramah dan aktiviti pertolongan cemas, agensi terlibat turut mengadakan pameran dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pegawai dan pelajar IKBN Wakaf Tapai. 

    Selaras dengan tema Minggu Keselamatan IKBN Wakaf Tapai Tahun 2026, " Utamakan Keselamatan, Amalkan Kesihatan, Cemerlang dalam Kemahiran", objektif program mencapai sasaran.

     

    Disediakan oleh : Jawatankuasa Tatacara Amalan Keselamatan dan Kesihatan IKBN Wakaf Tapai

     

    Tvet Pilhan Utama Kerjaya

    ILKBS Profesional Terunggul

    #TeamIKBNWakafTapai

    #TeamILKBS

    #ProfesionalTerunggul

    #TVETILKBS

    MalaysiaMADANI

    RancakkanMADANI

    MADANIBekerja

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.