MARANG, 31 Julai 2026 - Minggu Paradigma (MIPAR) Pelajar Baharu Sesi 2/2026 IKBN Wakaf Tapai telah berlangsung selama 5 hari bermula 27 hingga 31 Julai 2026 bertempat di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai.
Ambilan sesi 2/2026 ini telah menerima seramai 135 orang pelajar yang terdiri daripada 102 orang pelajar lelaki dan 33 orang pelajar wanita. Jurusan yang ditawarkan pada sesi ini adalah Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (SLW02), Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Operasi Fabrikasi Paip) (SMO03), Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Kimpalan Arka)(SMW03), Sijil Lanjutan Teknologi Fesyen dan Pakaian (Jahitan Pakaian Lelaki)(SPL03), Sijil Lanjutan Teknologi Fesyen dan Pakaian (Jahitan Pakaian Wanita)(SPW03), Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Penyelenggaraan Bangunan)(SSM03) dan Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Pemasangan Paip)(SSP03).
Antara pengisian MIPAR adalah bagi memberi kefahaman tentang struktur, peraturan dan budaya IKBNWT serta mewujudkan ikatan persahabatan antara pelajar baharu dan warga IKBNWT.
Hari Pendaftaran dan Minggu Paradigma Pelajar Baharu Ambilan Sesi 2/2026 ini dijayakan dengan kerjasama para pegawai dan kakitangan IKBN Wakaf Tapai serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBNWT, Rakan Belia YADIM (RBY) IKBNWT dan Sekretariat Rakan Muda (SRM) IKBNWT.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pn. Dalila binti Bakari, Ketua Jabatan Teknologi Awam.
Disediakan Oleh : Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBNWT
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul
#SkillSekejap
#TeamIKBNWakafTapai
#TeamILKBS
#ProfesionalTerunggul
#TVETILKBS
MalaysiaMADANI
RancakkanMADANI
MADANIBekerja
