- Adzrimie
- IKBN Wakaf Tapai
- Hits: 2
PERHIMPUNAN BULANAN PENGARAH BERSAMA PEGAWAI DAN PELAJAR IKBN WAKAF TAPAI BIL. 3/2026
Wakaf Tapai, 4 Ogos 2026 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Wakaf Tapai telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan IKBN Wakaf Tapai Bil. 3/2026 yang berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotisme bersempena Bulan Kebangsaan dengan tema "Kemerdekaan".
Perhimpunan ini menjadi platform penting dalam menyampaikan amanat kepada seluruh warga institut. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan integriti sebagai tunjang kepada budaya kerja yang cemerlang serta mengingatkan semua pegawai agar sentiasa mematuhi Dasar Kerja Secara Hibrid yang telah ditetapkan jika diberi pilihan untuk bekerja dari rumah. Beliau turut menyeru agar setiap warga kerja melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab, profesionalisme dan komitmen demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.
Bagi para pelajar pula, Tuan Pengarah mengingatkan agar sentiasa mengekalkan disiplin yang tinggi, mematuhi segala peraturan institut serta memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran dan latihan kemahiran. Pelajar juga disaran agar terus berusaha meningkatkan prestasi akademik, kemahiran serta sahsiah diri bagi melahirkan graduan TVET yang kompeten, berdaya saing dan berakhlak mulia.
Antara pengisian utama perhimpunan ialah Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik bagi bulan Jun dan Julai 2026 sebagai penghargaan kepada warga kerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas.
Turut diadakan ialah Majlis Penyerahan Hadiah Pertandingan Y-Roboc 2026 bagi meraikan kejayaan pasukan IKBN Wakaf Tapai yang telah mengharumkan nama institut. Di pertandingan tersebut, IKBN Wakaf Tapai berjaya memperoleh (1st Runner-Up) dan (2nd Runner-Up) bagi kategori Soccer Robot, sekali gus membuktikan kecemerlangan pelajar dalam bidang robotik dan inovasi.
Penganjuran perhimpunan ini diharap dapat terus menyemarakkan semangat kemerdekaan, memperkukuh budaya integriti, meningkatkan motivasi warga institut serta mengeratkan hubungan antara pengurusan, pegawai dan pelajar ke arah merealisasikan kecemerlangan IKBN Wakaf Tapai.
#TVET Pilihan Utama Kerjaya
#ILKBS Profesional Terunggul
#TeamKBS
#RakanMuda
#SukanILKBS
#KitaSemuaTeamMAS
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#TvetILKBS
#ikbnwakaftapai
