- Adzrimie
- IKBN Wakaf Tapai
- Hits: 27
PELAJAR IKBN WAKAF TAPAI SERTAI BENGKEL AI4U SEMPENA KARNIVAL MINGGU SAINS NEGARA ZON TIMUR 2026
KUALA TERENGGANU - Seramai 33 orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai telah menyertai Bengkel AI4U sempena Karnival Minggu Sains Negara Zon Timur 2026 yang dianjurkan oleh Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) pada 18 Julai 2026.
Bengkel bertemakan “Terokai AI Cipta Inovasi” ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) serta potensi penggunaannya dalam menghasilkan idea dan inovasi baharu. Penyertaan ini turut memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu dan pengalaman baharu dalam bidang STEM, selaras dengan usaha memperkasakan kreativiti, inovasi dan kemahiran teknologi dalam kalangan belia.
Disediakan oleh : Cawangan Pengurusan Pelajar IKBN Wakaf Tapai
Tvet Pilhan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#TeamIKBNWakafTapai#TeamILKBS#ProfesionalTerunggul#TVETILKBS
MalaysiaMADANI
RancakkanMADANI
MADANIBekerja
