- Ahmad Adzrimie bin Adnan
- IKBN Wakaf Tapai
- Hits: 76
PENGAUDITAN PENSIJILAN SEMULA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DI IKBN WAKAF TAPAI
IKBN Wakaf Tapai telah diaudit bagi Pengauditan Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) diketuai oleh En. Kamarul Ariffin bin Abdul Rahman dan dibantu oleh Pn. Junizalida binti Jamaluddin serta Pn. Ruslina binti Ismail. Proses pengauditan telah berjalan selama tiga (3) hari bermula 19 Januari 2026 sehingga 21 Januari 2026 merangkumi kesemua enam (6) zon dalam kawasan institut. Terdapat beberapa teguran dan amalan baik untuk penambahbaikan telah dimaklumkan oleh pihak auditor bagi memastikan perlaksanaan EKSA di institut berjalan mengikut garis panduan dan memenuhi kriteria pensijilan EKSA Kendiri KBS.
Tahniah semua warga IKBN Wakaf Tapai atas kerjasama dan usaha berterusan bagi memastikan perlaksanaan EKSA di institut dapat direalisasikan dengan jayanya.
#TVET Pilihan Utama Kerjaya#ILKBS Profesional Terunggul#TeamKBS#KitaSemuaTeamMAS#MalaysiaMADANI#RancakkanMADANI#MADANIBekerja#TvetILKBS#ikbnwakaftapai
