- Ahmad Adzrimie bin Adnan
- IKBN Wakaf Tapai
- Hits: 83
KUNJUNGAN HORMAT IKBN WAKAF TAPAI KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH MARANG
IPD MARANG, 11 Januari 2026 - Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh pihak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang sebagai langkah memperkukuh hubungan strategik antara institusi TVET dan pihak penguat kuasa.
Kunjungan ini menjadi platform perbincangan bermakna, khususnya berkaitan isu buli dalam kalangan pelajar, yang memerlukan pendekatan pencegahan secara bersepadu melalui pendidikan, kesedaran dan penguatkuasaan undang-undang. Pihak polis turut berkongsi pandangan serta cadangan program kesedaran yang boleh dilaksanakan bersama bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan sejahtera.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh mengenai kemasukan pelajar baharu sesi 1/2026, termasuk aspek keselamatan, disiplin serta kerjasama berterusan antara IKBN Wakaf Tapai dan IPD Marang dalam memantau kebajikan pelajar. Kunjungan ini jelas mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam mengekalkan hubungan baik dan kerjasama erat, demi melahirkan generasi belia yang berdisiplin, berakhlak mulia serta patuh kepada undang-undang.
Diharapkan jalinan kerjasama ini akan terus diperkasa melalui pelbagai program dan inisiatif bersama pada masa hadapan, selaras dengan usaha membina komuniti Madani yang harmoni dan selamat.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#ikbnwakaftapai#PDRM#ILKBS#MalaysiaMadani#MADANIBekerja#RancakkanMADANI
