PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) PERINGKAT AKHIR TAHUN 2026

    PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) PERINGKAT AKHIR TAHUN 2026

    19 Mei 2026 KUALA BERANG - Sedang berlangsung persaingan peserta bagi Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) Peringkat Akhir Tahun 2026 yang melibatkan Peserta IKBN Wakaf Tapai yang mewakili ILKBS dalam 2 Bidang Kemahiran iaitu Bidang Kimpalan (Welding) yang diwakili oleh Muhammad Syafiq Hamizan Bin Mohammad Sayuti (Peserta Final WSMB 2026) dan Muhammad Ammar Bin Azli (Peserta Malaysia WSC 2026) manakala bagi Bidang Plumbing & Heating pula diwakili oleh Nurazraie Bin Mohd Halim (Peserta Final WSMB 2026).

    Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) Peringkat Akhir Tahun 2026 bermula pada 17 Mei 2026 hingga 21 Mei 2026 bertempat di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur Kuala Berang Terengganu. Semoga peserta WSMB Bidang Welding dan Bidang Plumbing & Heating dapat memburu kejayaan untuk mencapai sasaran yang diletakkan bagi memacu pencapaian IKBN Wakaf Tapai dan juga ILKBS dalam persaingan bidang TVET di Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

     

    TVET Pilihan Utama Kerjaya

    ILKBS Profesional Terunggul

     

    #ILKBS #TeamKBS

    #IKBNWakafTapai

    #RakanMahir  #MalaysiaBoleh #TvetMalaysia #SkillsCompetition #FinalWSMB2026 #WorldskillsMalaysia #BeliaBerkemahiran #ILKBSForGold #FinalWMSBWelding2026

    #FinalWSMBPlumbing2026

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.