Marang, 23 Mei 2026 - Program Jelajah Kuasa Orang Muda (JKOM) telah berjaya dilaksanakan pada 23 Mei 2026 bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai dengan kerjasama beberapa pertubuhan belia dan komuniti seperti GEMA dan Impact Malaysia. Program ini bertujuan memperkasa golongan belia melalui pengisian berbentuk perkongsian ilmu, motivasi, kepimpinan serta kesedaran mengenai peranan anak muda dalam pembangunan masyarakat dan negara.
Pelaksanaan program ini turut memberi peluang kepada para pelajar dan peserta untuk meningkatkan keyakinan diri, semangat kerjasama serta menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan. Program berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta.
#TVET Pilihan Utama Kerjaya
#ILKBS Profesional Terunggul
#TeamKBS
#RakanMuda
#RakanDemokrasi
#SukanILKBS
#KitaSemuaTeamMAS
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#TvetILKBS
#ikbnwakaftapai
