PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) IKBN WAKAF TAPAI SESI 2025/2026

    PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) IKBN WAKAF TAPAI SESI 2025/2026

    IKBN Wakaf Tapai, Marang, 11 Disember 2025 – Dewan Besar IKBN Wakaf Tapai menjadi pusat pengundian bagi pemilihan Wakil Umum dan Wakil Jabatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Wakaf Tapai bagi sesi 2025/2026. Pengundian kali ini melibatkan 371 orang pelajar yang layak mengundi. Masa membuang undi adalah dari jam 10.30 pagi Dan ditutup pada tepat jam 12.30 tengah hari. Pelajar yang membuang undi pada hari ini adalah seramai 370 orang. Waktu kiraan undi adalah pada jam 2.30 petang dengan disaksikan oleh semua pelajar IKBN Wakaf Tapai. Turut hadir pada sesi pengiraan undi adalah YBrs. Tuan Haji Zaini bin Abd Aziz, Pengarah IKBN Wakaf Tapai, YBrs Pn. Nik Noorhafizan Binti Nik Osthman, TPPL, YBrs Pn. Noorul Husna Binti A Rashid, TPHEP, Ketua Jabatan Teknologi Fesyen dan Pakaian dan Ketua Jabatan Teknologi Awam.

     

    TAHNIAH dan SYABAS kepada semua Calon Umum dan Calon Jabatan yang menang dan semoga semua janji manifesto ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

     

    TVET Pilihan Utama Kerjaya

    ILKBS Profesional Terunggul

    #mppmemimpin

    #ikbnwakaftapai

    #ILKBS

    # MalaysiaMadani

    #MADANIBekerja

    #RancakkanMADANI

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.