- Ahmad Adzrimie bin Adnan
- IKBN Wakaf Tapai
- Hits: 109
PROGRAM PEKERTI @ILKBS PERINGKAT IKBN WAKAF TAPAI
IKBN Wakaf Tapai, Marang, 13 Disember 2025 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama LPPKN Negeri Terengganu telah menganjurkan Program PEKERTI @ILKBS Peringkat IKBN Wakaf Tapai. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan yang betul berkaitan Modul Kesihatan Reproduktif dan Sosial serta perkembangan fizikal dan emosi remaja. Peserta juga didedahkan dengan cara mencegah tingkah laku berisiko melalui maklumat yang tepat berlandaskan nilai agama dan budaya dalam modul Pilihanku. Seramai 50 orang daripada semester 1 adalah merupakan peserta bagi program ini.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#ikbnwakaftapai
#ILKBS
# MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
