PROGRAM DINAMIK PENGUATKUASAAN BERSAMA PENGGUNA SEMPENA HARI PENGUAT KUASA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2026

    PROGRAM DINAMIK PENGUATKUASAAN BERSAMA PENGGUNA SEMPENA HARI PENGUAT KUASA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2026

    MARANG, 10 Mei 2026 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Terengganu telah menganjurkan Program Dinamik Penguatkuasaan Bersama Pengguna Sempena Sambutan Hari Penguat Kuasa Peringkat Negeri Terengganu pada 10 Mei 2026 (Ahad) bertempat di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Pengkalan Unit 6 Polis FRU, Wakaf Tapai. Seramai 30 orang pelajar IKBN Wakaf Tapai yang merupakan ahli Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dijemput ke program tersebut. Objektif utama program ini adalah untuk memperluaskan ilmu pengetahuan pengguna bijak serta meningkatkan kesedaran pengguna terhadap peranan KPDN dalam menangani isu-isu pengguna. Antara pengisian program ini adalah taklimat berkenaan bidang kuasa tuntutan tribunal pengguna serta peranan KPDN dalam menangani isu pengguna, kuiz Kahoot! dan reruai pameran. Turut hadir ke program ini ialah Datuk Azman Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

     

    Disediakan Oleh : Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBNWT

     

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.

    ILKBS Profesional Terunggul

     

    #SkillSekejap

    #TeamIKBNWakafTapai

    #TeamILKBS

    #ProfesionalTerunggul

    #TVETILKBS

    MalaysiaMADANI

    RancakkanMADANI

    MADANIBekerja

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.