Program Intergrasi Atlet IKBN Wakaf Tapai 2026 telah berlangsung selama dua hari iaitu bermula 6 Mei 2026 hingga 7 Mei 2026 bertempat di Kompleks Sukan Kuala Ping, Hulu Terengganu. Program ini dianjurkan sebagai usaha mengukuhkan semangat berpasukan, kerjasama serta keserasian dalam kalangan atlet IKBN Wakaf Tapai. Selain itu, program ini turut menjadi platform persediaan awal atlet bagi menghadapi Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 yang akan berlangsung di IKTBN Chembong. Pelbagai aktiviti integrasi dan latihan berpasukan telah dijalankan sepanjang program bagi meningkatkan disiplin, kecergasan dan semangat juang atlet kontinjen IKBN Wakaf Tapai.
Pihak IKBN Wakaf Tapai turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ABM Jenagor serta Pejabat Belia dan Sukan Hulu Terengganu atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.
#TVET Pilihan Utama Kerjaya
#ILKBS Profesional Terunggul
#TeamKBS
#RakanMuda
#SukanILKBS
#KitaSemuaTeamMAS
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#TvetILKBS
#ikbnwakaftapai
