PROGRAM JOM HEALING BERSAMA RAKAN MUDA PERINGKAT IKBN WAKAF TAPAI

    PROGRAM JOM HEALING BERSAMA RAKAN MUDA PERINGKAT IKBN WAKAF TAPAI

    HULU TERENGGANU, 30–31 OKTOBER 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai telah menganjurkan Program Jom Healing Bersama Rakan Muda Peringkat IKBN Wakaf Tapai bertempat di Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu.

    Program yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan seramai 100 orang peserta, terdiri daripada 67 orang lelaki dan 33 orang wanita. Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai bahaya buli serta kepentingan menjaga kesihatan mental dan kesejahteraan emosi.

    Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan sepanjang program, termasuk aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi, membina semangat kerjasama, mengukuhkan hubungan silaturahim serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesejahteraan mental.

    Program ini telah dirasmikan oleh Puan Noorul Husna binti A. Rashid, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Wakaf Tapai. Turut hadir bersama ialah Puan Normazita@Siti Hajar binti Mansoor, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar.

    Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam membentuk sahsiah diri yang positif, memupuk nilai persaudaraan serta melahirkan generasi belia yang sejahtera dari segi fizikal, mental dan emosi, selaras dengan aspirasi Rakan Muda.

    #TVET Pilihan Utama Kerjaya
    #ILKBS Profesional Terunggul
    #TeamKBS
    #RakanMuda
    #SukanILKBS
    #KitaSemuaTeamMAS
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #TvetILKBS
    #ikbnwakaftapai
    #BrotherhoodIKBNWT
    #SayNo2Bully

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.