KUALA TERENGGANU, 30 OKTOBER 2026 – Seramai 40 orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai telah menyertai Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026 yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Anak Muda (KAMUDA) Kampung Tokku dan Majlis Belia Negeri Terengganu ini bertujuan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam pembangunan komuniti dan kepimpinan. Antara pengisian program ialah pameran interaktif, aktiviti kesukarelawanan, sukan komuniti, pendidikan literasi politik serta sesi town hall bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Penyertaan ini diharapkan dapat menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar, di samping memupuk semangat kesukarelawanan, meningkatkan keyakinan diri serta melahirkan belia yang aktif, berwawasan dan bertanggungjawab terhadap masyarakat.
#TVET Pilihan Utama Kerjaya
#ILKBS Profesional Terunggul
#TeamKBS
#KitaSemuaTeamMAS
#MalaysiaMADANI
RancakkanMADANI
MADANIBekerja
TvetILKBS
ikbnwakaftapai
