- Adzrimie
- IKBN Wakaf Tapai
- Hits: 63
PROGRAM SIRAH KE UMMAH: MENELADANI RASULULLAH SAW IKBN WAKAF TAPAI 2026
🗓️ 10 September 2026 (Khamis)
⏰ 8.00 Pagi
📍 IKBN Wakaf Tapai
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai telah menganjurkan Program Sirah ke Ummah: Meneladani Rasulullah SAW IKBN Wakaf Tapai 2026 sebagai salah satu usaha menyemarakkan penghayatan terhadap sirah dan keperibadian Rasulullah SAW dalam kalangan warga institut.
Program dimulakan dengan perarakan yang melibatkan kontinjen Kakitangan IKBN Wakaf Tapai serta lapan (8) kontinjen pelajar. Perarakan berlangsung dalam suasana meriah dan penuh semangat, di samping mengetengahkan nilai perpaduan, kerjasama dan kecintaan terhadap Rasulullah SAW.
Selain perarakan, program turut diserikan dengan persembahan nasyid yang dipersembahkan oleh para pelajar. Persembahan tersebut mendapat sambutan yang baik dan berjaya mewujudkan suasana yang penuh penghayatan serta kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Kemuncak program diteruskan dengan Ceramah Perdana yang disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Amir Syakirin dari Waja Training & Consultant. Ceramah yang disampaikan memberi penekanan kepada kepentingan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan teladan dalam kehidupan seharian, khususnya dalam membentuk akhlak, disiplin, kepimpinan dan jati diri generasi muda.
Program ini turut dih diharap dapat memberikan kesedaran dan kefahaman yang lebih mendalam kepada warga IKBN Wakaf Tapai mengenai sirah Rasulullah SAW serta menggalakkan pengamalan nilai-nilai murni yang dicontohkan oleh Baginda dalam kehidupan seharian.
Penganjuran Program Sirah ke Ummah: Meneladani Rasulullah SAW IKBN Wakaf Tapai 2026 turut mencerminkan komitmen IKBN Wakaf Tapai dalam melahirkan generasi belia yang bukan sahaja berkemahiran, malah mempunyai sahsiah, akhlak dan nilai kerohanian yang kukuh.
#SkillSekejap
#TeamIKBNWakafTapai
#TeamILKBS
#ProfesionalTerunggul
#TVETILKBS
MalaysiaMADANI
RancakkanMADANI
MADANIBekerja
