











Kemasik, 14 Mei 2025-Kursus Pemantapan Perlaksanaan MS ISO 9001:2015 IKBN Kemasik telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seri Suria, IKBN Kemasik pada 13-14 Mei 2025.
Seramai 40 orang peserta merupakan ahli Jawatankuasa Induk ISO IKBN telah menyertai bagi mengukuhkan pemahaman dan semakan semula dokumentasi kualiti sebagai persediaan persijilan semula MS ISO 9001:2015. Penceramah jemputan, Encik Nasim bin Zakaria telah berkongsi ilmu dan membimbing peserta untuk pemurnian dan pembangunan dokumen kualiti yang dapat meningkatkan kecekapan organisasi.
Kuala Lumpur, 9 April 2025 – Seramai 44 warga Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dari seluruh negara hadir menyempurnakan Majlis Penutup Program K-Youth Development (Track C): Strengthen Career Centre di Profis Atrium, Bukit Jalil, hari ini.
Program yang berlangsung selama lima bulan ini membuahkan kerangka pembangunan kerjaya ‘Navigate, Nurture, Network and Thrive’ (N³T) yang dirangka bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan ILKBS secara holistik. Pendekatan empat fasa ini sejajar dengan sektor industri MSIC 2008, sekaligus memperkasa pusat kerjaya ILKBS sebagai pemacu utama peralihan graduan ke alam pekerjaan.
Inisiatif ini merupakan kerjasama strategik antara Exzellent Profis Sdn. Bhd., Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Khazanah Nasional Berhad. ILKBS dijangka menjadi salah satu peneraju dalam menyediakan belia Malaysia yang lebih kompeten dan dinamik seiring hasrat Model Pembangunan Belia MADANI 2030 dan Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030.
Turut hadir Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Puan Liyana Haminudin, Ketua Pegawai Eksekutif Exzellent Profits, Dr. Raihan Tahir, Pengarah Pembangunan Modal Insan Khazanah Nasional Berhad, Mohammad Razip Mohammad Zin serta pengarah-pengarah ILKBS.
Kemasik, 23 Mac 2025 - Kelab Kebajikan Kakitangan IKBN Kemasik telah melaksanakan program TAUTAN KASIH BUBUR LAMBUK RAMADHAN 2025/1446H, usahasama MPP, SRM, YADIM, CIAST CSC mengedarkan Bubur Lambuk kepada masyarakat setempat berhampiran di Perkarangan Youth Port / Pintu Pagar Utama IKBN KEMASIK hari ini bermula jam 4.30 PM.
Semoga perkongsian rezeki ini akan mengeratkan lagi silaturrahim penerima & semua yang terlibat menjayakan program ini, sekaligus kita mengimarahkan lagi baki Ramadhan ini menuju keberkatan-Nya Maha Esa, insya Allah.
KUALA LUMPUR, 22 Februari 2025 - Team Inovasi IKBN Pekan telah berjaya memenangi Gold Award bagi projek Hydrostatic Testing Kit (HyTEK) using AI, kategori Educational Technology & Pedagogy, bagi Asian Youth Innovation Award sempena Malaysia Technology Expo 2025 bertempat di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.
Sebanyak 438 penyertaan, 217 Fizikal, 221 secara virtual, melibatkan 12 negara. Untuk projek Electronic Smart Fertigation System (ENSAFS) mendapat Bronze Award bagi kategori Agriculture, Livestock, Horticulture, Aquacultures & Fisheries.
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia,
Aras 3, Menara KBS,
Kementerian Belia & Sukan Malaysia,
No 27, Persiaran Perdana,Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570, Putrajaya, Malaysia
No Tel :- +60 3-8871 3646
Emel : pertanyaanbpkb@kbs.gov.my