YB Adam Adli Raikan 657 Graduan Sidang 3 Konvokesyen ILKBS Ke-20 Tahun 2025.

    YB Adam Adli Raikan 657 Graduan Sidang 3 Konvokesyen ILKBS Ke-20 Tahun 2025.

    YB Adam Adli Raikan 657 Graduan Sidang 3 Konvokesyen ILKBS Ke-20 Tahun 2025.
    YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir meraikan seramai 657 graduan dalam Sidang Ketiga Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Ke-20 Tahun 2025 yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor.

    Dalam ucapannya, YB Timbalan Menteri menekankan komitmen kerajaan dalam memperluaskan akses pendidikan kemahiran kepada semua lapisan belia. Selain pelajar lepasan sekolah, ILKBS kini turut menerima kemasukan belia tahfiz, Orang Kurang Upaya (OKU), pekerja serta suri rumah, selari dengan matlamat inklusif pendidikan TVET.
    Beliau turut menyeru agar para belia menjauhi penagihan dadah, memetik statistik membimbangkan iaitu 117,478 belia terlibat dalam penyalahgunaan dadah pada tahun 2024.

    Dalam majlis yang sama, YB Timbalan Menteri turut menyampaikan empat (4) anugerah khas sebagai penghargaan kepada kecemerlangan individu dan institusi:
    • Anugerah Pekerja Cemerlang Lepasan ILKBS 2025
      Shahril Hidayatullah bin Mat Nawi
      Pastry Chef Istana Negara & Istana Abdulaziz
    • Anugerah Usahawan Cemerlang Lepasan ILKBS 2025
      Mohamad Nor Akmal bin Md Ali
      (Pengurus Restoran Pak Man Ikan Bakar)
    Anugerah Pengurusan Latihan Terbaik ILKBS 2025 - Melibatkan 10 bidang kemahiran
    • Anugerah Pengurusan Latihan Terbaik Keseluruhan ILKBS 2025:
      IKTBN Sepang
      IKTBN Bukit Mertajam
      IKTBN Pagoh

    Turut hadir, YBrs. Puan Dalila binti Sharingat, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS dan Encik Mohd Soufi Bin Mohd Ibrahim, Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok yang bersama-sama meraikan kejayaan para graduan.

    Tahniah diucapkan kepada semua graduan ILKBS atas kejayaan yang membanggakan. Terima kasih juga kepada ibu bapa dan tenaga pengajar atas sokongan dan pengorbanan dalam membentuk generasi belia TVET yang berdaya saing dan berwibawa.

    Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia,
    Aras 3, Menara KBS,
    Kementerian Belia & Sukan Malaysia,
    No 27, Persiaran Perdana,Presint 4,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62570, Putrajaya, Malaysia

    No Tel :- +60 3-8871 3646
    Emel : pertanyaanbpkb@kbs.gov.my

    Please publish modules in offcanvas position.