
- Noor Hasnieza binti Mohd Udin
- BPKB
- Hits: 60
YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Konvokesyen ILKBS Ke-20 Tahun 2025
YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Ke-20 Tahun 2025 yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Selangor.
Seramai 3,240 graduan ILKBS menerima pengiktirafan dalam pelbagai peringkat iaitu Diploma Lanjutan, Diploma, Sijil Lanjutan dan Sijil. Sementara itu, konvokesyen turut akan diadakan di IKBN Kinarut, Sabah dan Miri Marriott Resort & Spa, Sarawak.
Dalam majlis tersebut, YB Menteri menyampaikan tiga (3) anugerah utama berikut :
Anugerah Graduan Terbaik ILKBS 2025 - 22 penerima anugerah
Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan ILKBS 2025
Anugerah Graduan Terbaik ILKBS 2025 - 22 penerima anugerah
Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan ILKBS 2025
Ammar Arsyad Mohd Bakri
IKTBN Pagoh
Diploma Teknikal Pembuatan (Perekaan Acuan Plastik)
Anugerah Khas Menteri Belia dan Sukan 2025
Anugerah Khas Menteri Belia dan Sukan 2025
Skyways Technica Asia Sdn Bhd
YB Menteri berkongsi bahawa kadar kebolehpasaran graduan ILKBS 2024 mencapai 97%, membuktikan kepercayaan industri terhadap kebolehan graduan TVET negara.
Beliau juga turut menyampaikan Sijil Tamat Latihan Program Inklusiviti Belia Autisme dan sijil penghargaan kepada pelajar ILKBS yang berjaya merangkul pingat di WorldSkills ASEAN Manila 2025 sekaligus menyumbang kepada kejayaan Malaysia sebagai Juara Keseluruhan temasya tersebut.
Berikut adalah senarai penerima :
Berikut adalah senarai penerima :
Emas – Wan Nur Amilya Wan Zolkarnaini (Hairdressing)
Perak – Muhammad Amar Azli (Welding)
Medallion For Excellence – Kairul Amer Ruslan (Electrical Installations)
Sijil Penghargaan - Ahmad Basyir Nizam (Refrigeration & Air Conditioning)
Hadir sama YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan serta YBrs. Puan Dalila Sharingat, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan.
Syabas dan tahniah kepada semua graduan belia TVET KBS.