Image

    Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani

    Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi BPKB Laman Web BPKB merupakan pintu maklumat dan saluran utama interaktif BPKB untuk menyalurkan pelbagai maklumat terkini serta beberapa perkhidmatan atas talian kepada orang awam dan pelanggan kami.

    Perkongsian aktiviti utama bahagian dimuatkan secara tersusun meliputi program-program latihan kemahiran belia. Buat pengetahuan semua, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) kini telah disatukan dibawah satu nama iaitu Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dan merupakan institusi berteraskan kemahiran.

    ILKBS dikawal selia oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Bahagian Pembangunan Kemahiran berfungsi menyediakan peluang latihan kemahiran kepada belia-belia Malaysia yang berperanan penting dalam pembangunan kemahiran belia negara. Penubuhan ILKBS bukan sahaja bertujuan untuk melahirkan pekerja mahir, tetapi juga untuk meningkatkan kemahiran belia agar mereka dapat mencapai kejayaan dalam sektor pekerjaan, sama ada di sektor swasta atau dalam bidang keusahawanan sendiri. Ini sejajar dengan aspirasi untuk membangunkan sumber tenaga kerja yang berkualiti dan kompetitif dalam ekonomi negara.

    Harapan saya dengan adanya laman web rasmi ini, ianya akan menjadi medium komunikasi di antara BPKB dan pengguna dalam memberikan perkhidmatan yang berkesan dan pengemaskinian maklumat terkini berkaitan BPKB. Semoga perkongsian ini memanfaatkan semua pihak. Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan ke arah pembangunan Laman Web BPKB ini.

    Diharapkan laman web ini berjaya menjadi landasan penyaluran maklumat yang berkesan dan berkualiti, selari dengan pelaksanaan transformasi perkhidmatan awam untuk merakyatkan perkhidmatan yang mesra pelanggan serta bersifat inovatif.

    Selamat melayari laman web BPKB di kemahiran.kbs.gov.my

    Andalah pelanggan kami yang sentiasa dihormati dan diutamakan.

    Salam Hormat Dan Terima Kasih.

    Pengarah Kemahiran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

    Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia,
    Aras 3, Menara KBS,
    Kementerian Belia & Sukan Malaysia,
    No 27, Persiaran Perdana,Presint 4,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62570, Putrajaya, Malaysia

    No Tel :- +60 3-8871 3646
    Emel : pertanyaanbpkb@kbs.gov.my