DUA PEGAWAI BPKB TERIMA PENTAULIAHAN PROFESIONALISME KERJA BELIA KALI KE-3 TAHUN 2026

    DUA PEGAWAI BPKB TERIMA PENTAULIAHAN PROFESIONALISME KERJA BELIA KALI KE-3 TAHUN 2026

    SEREMBAN, 11 NOVEMBER 2026 – Dua orang Pegawai Belia dan Sukan (S9) daripada Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), iaitu Encik Mohamad Akmal Md Ruslan dan Cik Fitriya Abu Mansur telah menerima pengiktirafan menerusi Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali Ke-3 Tahun 2026.

    Majlis pentauliahan tersebut telah disempurnakan oleh YB Dr. Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan dalam satu majlis yang berlangsung di Royale Chulan, Seremban, Negeri Sembilan pada 11 November 2026.

    Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan serta YBrs. Encik Mohd Sukri Ismail, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS.

    Pentauliahan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kompetensi, pengetahuan dan profesionalisme pegawai dalam bidang kerja belia, selain menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan serta pelaksanaan tanggungjawab dalam memperkasa pembangunan belia negara.

    Pencapaian ini diharap dapat menyuntik semangat kepada para pegawai untuk terus meningkatkan keupayaan, memperkukuh integriti dan mengekalkan komitmen dalam melaksanakan agenda pembangunan belia, khususnya dalam bidang pembangunan kemahiran.

    Syabas dan tahniah turut diucapkan kepada semua pegawai serta kakitangan Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) yang turut menerima pentauliahan pada tahun ini.

    Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan profesionalisme warga KBS dalam melahirkan tenaga kerja belia yang kompeten, berkemahiran dan berdaya saing.

    Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia,
    Aras 3, Menara KBS,
    Kementerian Belia & Sukan Malaysia,
    No 27, Persiaran Perdana,Presint 4,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62570, Putrajaya, Malaysia

    No Tel :- +60 3-8871 3646
    Emel : pertanyaanbpkb@kbs.gov.my