- Noor Hasnieza binti Mohd Udin
- Berita
- Hits: 207
ILKBS Perkasa Pembangunan Belia OKU Melalui Kerjasama KPM
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) terus komited meneroka potensi kerjasama bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelaksanaan program pembangunan belia Orang Kurang Upaya (OKU).
Kerjasama ini bakal membuka ruang kepada potensi memperkukuhkan 13 program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas yang sedang ditawarkan oleh KBS terutamanya dalam meningkatkan penyertaan belia OKU dan kemahiran pengajar serta memperluaskan capaian maklumat program kepada golongan sasar.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Zakiah binti Mat Jali, Timbalan Pengarah Kemahiran, BPKB, KBS manakala KPM diwakili oleh Encik Mohd Hanizan bin Che Mat, Ketua Penolong Pengarah Unit Kemahiran dan Vokasional, Sektor Pembangunan Instruksional. Turut hadir, Puan Musyrifah binti Elias, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPKB.
