MESYUARAT PEMBUKAAN AUDIT PEMATUHAN ISO 9001:2015 DI IKBN SERI ISKANDAR.

    MESYUARAT PEMBUKAAN AUDIT PEMATUHAN ISO 9001:2015 DI IKBN SERI ISKANDAR.

    SERI ISKANDAR, 2 April 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) telah mengadakan Mesyuarat Pembukaan Audit Pematuhan (1) ISO 9001:2015 bertempat di Bilik Mesyuarat, IKBN Seri Iskandar.Mesyuarat tersebut diadakan sebagai permulaan kepada pelaksanaan Audit Pematuhan ISO 9001:2015 yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 April 2026.

    Audit berkenaan melibatkan penilaian terhadap pematuhan serta keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 di IKBNSI selaras dengan piawaian yang ditetapkan.Pelaksanaan audit ini memberi fokus kepada aspek pematuhan prosedur, keberkesanan sistem kerja serta penambahbaikan berterusan dalam pengurusan organisasi.

    Sepanjang tempoh audit berlangsung, warga Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memberikan kerjasama penuh bagi memastikan kelancaran keseluruhan proses serta pencapaian objektif audit. Ketua Editor: Muhammad Nazmie bin Mat Nasir

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #auditpematuhanISO9001:2015
    #ikbnseriiskandar
    #TeamKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI

    Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia,
    Aras 3, Menara KBS,
    Kementerian Belia & Sukan Malaysia,
    No 27, Persiaran Perdana,Presint 4,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62570, Putrajaya, Malaysia

    No Tel :- +60 3-8871 3646
    Emel : pertanyaanbpkb@kbs.gov.my