SELAMAT DATANG PEGAWAI BAHARU

    SELAMAT DATANG PEGAWAI BAHARU

    Dengan penuh rasa syukur dan hormat, seluruh warga Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut mengalu-alukan kehadiran Puan Norazwana Binti Naharuddin yang akan berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir (P/O) di institut ini.

    Pergi ke hulu meniti titi,
    Singgah sebentar di tepi telaga,
    Hadirnya puan kami hormati,
    Bersama berbakti memacu jaya.

    Kami percaya bahawa dengan komitmen, pengalaman serta dedikasi puan, urusan pentadbiran dan pengurusan pejabat di IKBN Kinarut akan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, tersusun dan berkesan demi memastikan kelancaran operasi institut.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia,
    Aras 3, Menara KBS,
    Kementerian Belia & Sukan Malaysia,
    No 27, Persiaran Perdana,Presint 4,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62570, Putrajaya, Malaysia

    No Tel :- +60 3-8871 3646
    Emel : pertanyaanbpkb@kbs.gov.my