SKIL’26: SIMPOSIUM KEMAHIRAN ILKBS 2026 

    SKIL’26: SIMPOSIUM KEMAHIRAN ILKBS 2026 

    Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus memperkasa kompetensi pengajar dan pegawai Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) melalui penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam ekosistem pendidikan TVET.

    Simposium Kemahiran ILKBS (SKIL) 2026 telah dirasmikan oleh Puan Zakiah Mat Jali, Timbalan Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS, pada 3 November 2026 bertempat di IKTBN Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

    Mengangkat tema "Integrasi AI dalam Pengajaran dan Pembelajaran”, SKIL’26 menghimpunkan seramai 598 orang pengajar dan pegawai ILKBS dari seluruh negara secara fizikal dan dalam talian bagi meneroka perkembangan teknologi AI, berkongsi ilmu serta mencetuskan idea inovatif dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran TVET.

    Simposium ini turut menampilkan empat orang panel jemputan yang berkongsi kepakaran, pengalaman dan perspektif masing-masing, iaitu:

    Barisan Panel SKIL’26

    1. Encik Rashvin Pal Singh
    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  
    Mereka Innovative Education Sdn. Bhd.

    2. Dr. Muhammad bin Abdul Jalil
    Pensyarah  
    Politeknik Merlimau, Melaka

    3. Ts. Azrin Hayati Alikabar
    Penolong Pegawai Latihan Vokasional  
    IKTBN Sepang

    4. Ts. Dr. Fadilla 'Atyka Nor Rashid
    Pensyarah  
    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

    Semoga penganjuran SKIL’26 menjadi pemangkin kepada pengintegrasian teknologi AI secara lebih kreatif, inovatif dan berkesan dalam memperkukuh kualiti penyampaian latihan serta melahirkan graduan TVET yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi keperluan industri masa hadapan. 

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
     ILKBS Profesional Terunggul

    #SKIL2026 #TeamILKBS #TeamKBS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI

    Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia,
    Aras 3, Menara KBS,
    Kementerian Belia & Sukan Malaysia,
    No 27, Persiaran Perdana,Presint 4,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62570, Putrajaya, Malaysia

    No Tel :- +60 3-8871 3646
    Emel : pertanyaanbpkb@kbs.gov.my